Lawn Care On Demand di Kota Belud

Uruskan rumput panjang dengan pantas dalam cuaca tropika Sabah. Cepat, mudah, dan profesional.

Tempah Sekarang
Beautiful Kota Belud landscape with Mount Kinabalu

Macam Mana Ia Berfungsi

01

Minta Sebut Harga

Isi borang dan upload gambar kawasan anda

02

Kami Bersihkan

Team kami datang dan selesaikan kerja

03

Nikmati Halaman Anda

Duduk santai, halaman sudah cantik

Dari Minat ke Misi: Mengubah Persepsi, Memperkasakan Komuniti

Bagaimana Ia Bermula

Bagi saya, tiada yang lebih menenangkan daripada melihat halaman rumah yang sentiasa rapi, dengan rumput yang dipotong pendek dan dikelilingi landskap yang menghijau. Minat penjagaan laman ini bukanlah sesuatu yang baru—ia bermula sejak saya di Tingkatan 3 lagi. Dari sekadar membersihkan halaman sendiri, saya mula sedar bahawa sebuah halaman yang bersih mampu mengubah suasana sesebuah rumah sepenuhnya.

UPM Graduation
Graduan TESL UPM
Traditional Sabahan Attire
Anak Sabah Yang Berbangga

Lebih Daripada Sekadar "Potong Rumput"

Titik tolak sebenar HalamanPro lahir daripada satu realiti kehidupan. Walaupun saya berjaya menggenggam ijazah TESL kelas pertama dari UPM, saya berdepan dengan realiti peluang pekerjaan yang sangat terhad. Keadaan ini membuka mata saya: Jika saya yang mempunyai kelulusan ijazah pun bergelut untuk mencari ruang, bagaimana pula dengan nasib anak-anak muda di luar sana yang tidak mampu meneruskan pelajaran disebabkan masalah kewangan?

"

Sering kali kita dengar pandangan sinis yang berkata, "Alah, potong rumput ja pun."

Tetapi di HalamanPro, we are more than that. Kami menolak stigma tersebut. Kami mengangkat kerja pembersihan halaman sebagai satu kerjaya yang profesional dan dihormati. Melalui perniagaan ini, kami bukan sahaja menyediakan servis, tetapi kami mencipta peluang pekerjaan dan membina kemahiran untuk anak-anak muda tempatan agar mereka mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan bermaruah.

Memecah Stigma

Membuktikan bahawa kerja penjagaan laman adalah kerjaya profesional yang wajar dihormati, bukan sekadar "potong rumput"

Mencipta Peluang

Menyediakan pekerjaan stabil untuk anak muda tempatan yang berdepan peluang terhad akibat masalah kewangan

Membina Kemahiran

Melatih ahli krew untuk menyampaikan servis profesional berkualiti yang mengubah komuniti

Standard Kualiti Kami

Kami tahu, menyerahkan tanggungjawab menjaga halaman rumah anda kepada orang luar memerlukan kepercayaan. Sebab itu, di HalamanPro, kualiti adalah keutamaan kami.

10+

Keperluan Pengalaman

Setiap krew wajib mempunyai rekod memotong rumput lebih dari 10 kali di pelbagai keadaan tapak sebelum sertai pasukan

100%

Diuji Kualiti

Semua krew perlu tunjukkan hasil kerja praktikal yang terbukti kemas, teliti, dan rapi

Servis Kami

Potong Rumput

Potong Rumput

Potong rumput profesional untuk semua jenis kawasan

Bermula daripada RM65

Kemaskan Tepi & Trimming

Kemaskan Tepi & Trimming

Edging dan trimming pokok/hedge untuk kawasan lebih kemas

Bermula daripada RM80

Cucian Tekanan Tinggi (Water Jet)

Cucian Tekanan Tinggi (Water Jet)

Kembalikan seri lantai simen, porch, dan tembok. Bersihkan lumut, selut, dan kotoran degil.

Bermula daripada RM50

Hasil Kerja Kami di Kota Belud

Lihat transformasi - sebelum dan selepas servis kami

Testimoni Pelanggan

Apa kata pelanggan kami tentang servis kami

HalamanPro bersihkan rumput panjang di rumah saya dalam 2 jam saja! Kerja sangat memuaskan dan harga berpatutan.

Encik Ahmad

Kampung Pandasan, Kota Belud

Saya selalu guna servis mereka untuk rumah saya. Tenang hati tengok rumput dan bunga kertas yang cantik.

Cikgu Azmah

Kampung Kulambai, Kota Belud

Best lah! Rumput kawasan besar saya pun dorang bersihkan dengan kemas. Team yang berpengalaman.

John Lobi

Kg. Taun Gusi

Kenapa Pilih HalamanPro?

Dipercayai Masyarakat Kota Belud

Harga Transparan & Berpatutan

Kepakaran Tempatan Sabah

Peralatan Profesional

Kerja Cepat & Berkualiti

Customer Service Terbaik

Harga Servis Kami

Harga bergantung kepada keluasan dan ketebalan rumput

Lot Rumah / Kampung

RM65 - RM150+
  • Potong rumput & kemasan asas
  • Harga bergantung keluasan

Per Ekar (Mengikut Ketinggian)

RM400 - RM800
  • Bawah lutut: RM400/ekar
  • Bawah pinggang: RM500/ekar
  • Bawah dagu: RM600/ekar
  • Atas kepala (170cm+): RM800/ekar

Cucian Tekanan Tinggi (Water Jet)

Bermula RM50
  • ✓ Harga Tetap: Porch (RM50+), Driveway (RM80+)
  • ✓ Kaki Persegi: RM0.30/sqft (kawasan besar)
  • ✓ Pakej Kombo: Diskaun bila gabung dgn Potong Rumput
  • ✓ Anda sediakan: Air (paip) & elektrik sahaja

*Harga akan ditentukan selepas pemeriksaan lokasi atau melalui gambar kawasan

Soalan Lazim

Soalan-soalan biasa tentang servis dan polisi kami

Hubungi Kami

Ada soalan? Hubungi kami sekarang

WhatsApp / Telefon

011-61868654

Email

halamanproserviceskb@gmail.com

Lokasi

Kota Belud, Sabah

Made with Emergent